150 kanak-kanak asnaf berkhatan

SHAH ALAM: Seramai 150 kanak-kanak fakir, miskin, mualaf dan anak yatim menyertai Program Sunathon Perdana 2017 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini, hari ini.

Program berkhatan untuk asnaf itu yang disertai kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun, dianjurkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Worldwide Holdings Bhd (WHB) dan Ahli Jawatankuasa Tadbir Masjid Tengku Ampuan Jemaah.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Abdul Basith Hamid, berkata semua kanak-kanak asnaf itu diraikan dalam tradisi Melayu berkhatan beramai-ramai supaya mereka berasa seperti anak yang hidup sempurna serta mempunyai keluarga.

“Hari ini kita raikan kanak-kanak asnaf fakir, miskin, mualaf dan yatim di daerah Petaling. Ini program berkhatan kedua selepas daerah Kuala Selangor,” katanya pada sidang media.

Yang hadir sama, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat WHB, Ami Nardin Ishak dan Pengurus Besar Worldwide Medivest Sdn Bhd (WMSB), Raja Farah Diba Raja Abdul Rashid.

Program dirasmikan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

Abdul Basith berkata, seramai 530 kanak-kanak di sembilan daerah menyertai program berkhatan itu yang dijangka selesai sepenuhnya pada pertengahan bulan ini.

“Keseluruhan kos pengangkutan dari rumah ke lokasi berkhatan, kos berkhatan, pemulihan selepas berkhatan untuk setiap anak-anak ini ditanggung LZS dengan peruntukan kira-kira RM200,000.

“LZS dapat menganjurkan program begini dengan sumbangan zakat oleh pengeluar zakat yang mempercayai LZS, termasuk WHB. Malah, kos keseluruhan program hari ini disumbangkan oleh WHB.

“LZS berharap lebih ramai syarikat korporat tampil melaksanakan tanggungjawab sama,” katanya.

Sementara itu, Ami Nardin berkata, program berkhatan adalah antara aktiviti tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan.

“Selain sumbangan zakat dan CSR, WHB melalui anak syarikat, WMSB turut memperkenalkan produk berjenama VESTI yang digunakan doktor untuk prosedur berkhatan,” katanya.

SHAH ALAM 02 DECEMBER 2017. Gelagat kanak-kanak ketika program Sunathon Perdana anjuran Worldwide Holding dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS), Jawatankuasa Takbir Masjid serta Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) dalam melaksanakan prosedur berkhatan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam. STR/MUHAMMAD SULAIMAN

SHAH ALAM 02 DECEMBER 2017. Peserta berkhatan dibantu oleh ahli keluarga selepas mandi beramai-ramai sempena Program Sunathon Perdana anjuran Worldwide Holding dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS), Jawatankuasa Takbir Masjid serta Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) dalam melaksanakan prosedur berkhatan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam. STR/MUHAMMAD SULAIMAN

SHAH ALAM 02 DECEMBER 2017. Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa (kiri) melakukan gimik program dengan memandikan peserta berkhatan sempena Program Sunathon Perdana anjuran Worldwide Holding dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS), Jawatankuasa Takbir Masjid serta Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) dalam melaksanakan prosedur berkhatan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam. STR/MUHAMMAD SULAIMAN

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *