LZS peruntuk RM200,000

lzs-peruntuk-200000

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa (dua, kiri) beramah mesra dengan peserta Program Sunathon Perdana 2017 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, semalam.

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan RM200,000 khusus bagi program Sunathon Perdana 2017 yang dilaksanakan di sembilan daerah di negeri ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif LZS,  Abdul Basith Hamid berkata, kira-kira 530 anak-anak asnaf bakal menikmati program berkhatan secara percuma melalui peruntukan itu.

“Peruntukan diperoleh hasil bayaran zakat oleh syarikat yang setia menjalankan tanggungjawab termasuklah Worldwide Holdings Berhad (WHB).

“Tanpa kesetiaan mereka,  agak sukar LZS melaksanakan program ini bersendirian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Sunathon Perdana 2017 anjuran bersama WHB dan Jawatankuasa Tadbir Masjid di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, di sini semalam.

Program kali kedua dianjurkan itu disertai 150 kanak-kanak terdiri daripada 106 anak-anak asnaf, 13 anak mualaf; 30 anak yatim dan miskin yang tinggal di rumah asnaf manakala selebihnya anak kariah.

Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat WHB, Ami Nardin Ishak berkata, program itu sebagai memenuhi tanggungjawab sosial pihaknya yang lebih menjurus kepada aktiviti kemasyarakatan khusus kepada golongan asnaf memerlukan.

“Menariknya kali ini, kami perkenalkan peranti perubatan jenama Vesti hasil keluaran anak syarikat Worldwide Medivest Sdn Bhd (WMSB) yang digunakan doktor untuk prosedur berkhatan.

“Produk ini dah dua kali digunakan selepas kali pertama digunakan di Seri Menanti, Negeri Sembilan,” katanya program itu turut mendapat kerjasama Persatuan Doktor Islam Malaysia (Perdim) untuk prosedur berkhatan.

 

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *