Majlis Penyampaian Sumbangan Piala Sultan Selangor

SHAH ALAM: Penganjuran Piala Sultan Selangor 2015, yang kini memasuki edisi ke-14, menerima tajaan sebanyak RM1.8 juta daripada 13 syarikat, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), di sini, hari ini.

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) tampil sebagai penaja utama dengan tajaan berjumlah RM600,000. Turut menyumbang adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Worldwide Landfills Sdn Bhd dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), masing-masing berjumlah RM200,000.

Majlis penyerahan tajaan itu disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Yang turut hadir, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali; Pengerusi Penganjur Piala Sultan Selangor, Tan Sri Abd Karim Munisar dan Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Badrulhisham Othman.

Pada edisi lalu, Pilihan Selangor menang 2-1 ke atas Pilihan Singapura, manakala kategori veteran, menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1. Abd Karim berkata, persaingan di antara Selangor dan Singapura sering mendapat tumpuan. BADRULHISHAM (kiri) menyampaikan replika penajaan rasmi kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah sambil disaksikan Abd Karim pada Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Piala Sultan Selangor 2015 di Shah Alam, hari ini. –

Foto Hasriyasyah Sabudin Katanya, Pilihan Selangor memburu kejuaraan kali kelapan kali ini selepas menang tahun lalu manakala kali keenam buat Pilihan Singapura.

“Pertandingan pada kali ini tidak hanya berkisar aksi atas padang tetapi turut menyelitkan aktiviti hiburan, termasuk persembahan artis, Caliph Buskers. “Ia satu perlawanan yang sentiasa dinantikan. Pastinya ia mengimbau nostalgia lalu membabitkan persaingan antara kedua-dua pasukan.

“Daripada penganjuran terdahulu, kita dapat lihat perhatian tinggi diberikan oleh peminat tempatan yang hadir ke stadium,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan tajaan itu.

Tiket pertandingan berharga RM10 akan mula dijual pada 14 September ini. Ia boleh didapati di Hotel Concorde Shah Alam; Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur; rangkaian restoran Uncle K serta di Stadium Shah Alam pada hari pertandingan.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *