Ybhg Profesor Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri dan Dr. Zulkifli Abd Hamid menghadiri Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran Sempena 25 Tahun Worldwide Holding yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Pada majlis tersebut KUIS telah menerima mok cek berjumlah RM 1 Juta untuk Tabung Pendidikan Tahfiz Al Quran wal Qiraat KUIS daripada Worldwide Holding Berhad. Cek telah disampai oleh YB Dato’ Noordin bin Sulaiman,Pengerusi Worldwide Holding Berhad kepada Ybhg. Profesor Dato’ Dr. Ab Halim Tamuri, Rektor KUIS. Seluruh warga KUIS mengucapkan Alhamdulillah dan merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Worldwide Holding Berhad.