Jalin kerjasama urus sisa pepejal

Shah Alam: Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjalin kerjasama dengan Worldwide Holding Berhad (WHB) dan Institut Teknologi Kemboja (ITC) bagi penyelidikan dan pembangunan teknologi serta kepakaran dalam pengurusan sisa pepejal.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UiTM Prof Dr Suhaimi Abdul Talib berkata, memorandum persefahaman (MoU) itu bertujuan membentangkan pembangunan dan penemuan penyelidikan dalam pengurusan sisa pepejal.

“Melalui perjanjian ini, ia secara tidak langsung membolehkan Malaysia dan Kemboja menjalin kerjasama melalui institusi pendidikan dan industri melalui pertukaran pelajar serta staf akademik dalam usaha meningkatkan penyelidikan pengurusan sisa pepejal.

“Menerusi usaha sama Fakulti Kejuruteraan Sivil (FCE) UiTM, penyelidikan bersama ITC diharap dapat membangunkan alternatif terbaik dalam menguruskan sistem pepejal di Kemboja,” katanya yang mewakili Naib Canselor UiTM Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar dalam Majlis MoU antara UiTM, WHB dan ITC di sini, semalam.

SHAH ALAM 30 July 2015. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Sr Ir Dr Suhaimi Abd Talib (tengah) bersama Wakil Institut Teknologi Kombodia (ITC), Dr Seng Bunrith (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Holding Berhad (WHB), Datin Paduka Norazlina Zakaria (kanan) melihat surat perjanjian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman diantara UiTM, Worldwide Holding dan ITC. STR/Mohd Asri Saifuddin Mamat

itc

M.O.U diantara WHB, UiTM & ITC di UiTM Shah Alam

Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjalin kerjasama dengan Worldwide Holding Berhad (WHB) dan Institut Teknologi Kemboja (ITC) bagi penyelidikan dan pembangunan teknologi serta kepakaran dalam pengurusan sisa pepejal.

Source