img-20170514-wa0011

Worldwide Medivest, Usim sign MoU

SUBANG JAYA: Worldwide Medivest Sdn Bhd signed a memorandum of understanding (MoU) with Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) yesterday to boost academic excellence in Usim’s Faculty of Medicine.

Worldwide Medivest was represented by its executive director, Ahmad Azman Azizul Rahman, while Usim was represented by Vice-Chancellor Professor Datuk Dr Musa Ahmad.

The collaboration would allow for better networking between the two parties and boost students’ academic performances.

As part of its corporate social responsibility, Worldwide Medivest also provided medical books and the Quran, as Quranic studies are part of Usim’s curriculum.

Besides providing medical equipment, Worldwide Medivest will also organise skills training programmes for Usim’s medical students, particularly in surgical sutures.

“We hope that this MoU serves as a starting point for collaborations between industry players and public higher education institutions, particularly in the medical field,” Azman said.

Other teaching hospitals that received equipment were Universiti Malaya Medical Centre, Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre and Universiti Sains Malaysia Medical Centre.

Five non-governmental organisations received cash and medical equipment valued at RM30,000 each to be used for their humanitarian missions.

They were Aman Palestin, Islamic Relief Malaysia, Mercy Malaysia, the Malaysian Consultative Council for Islamic Organisations and Humanitarian Care Malaysia.

SOURCE

1

Worldwide Medivest dan USIM tingkat kerjasama bidang perubatan

SUBANG JAYA 14 MEI: Majlis menandatangani perjanjian kerjasama (MoU) bagi Kecemerlangan Akademik di antara Worldwide Medivest Sdn. Bhd (Worldwide Medivest) iaitu anak syarikat milik penuh Worldwide Holdings Berhad dan Univesiti Sains Islam Malaysia (USIM) diadakan di Dorsett Grand Subang, Subang Jaya semalam.

WMSB diwakili oleh Ahmad Azman Azizul Rahman, Pengarah Eksekutif dan USIM diwakili Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar & Pengurusan Prestasi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Majlis perjanjian itu turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Holdings Berhad, Datin Paduka Norazlina Zakaria yang juga sebagai Pengerusi Worldwide Medivest Sdn. Bhd.

USIM merupakan institusi pengajian tinggi awam dan sebuah universiti Islam yang bermatlamat untuk menjadi peneraju dalam segenap aspek ilmu dan sebagai pusat rujukan global untuk integrasi ilmu Naqli dan Aqli.

Menurut Ahmad Azman Azizul Rahman, kerjasama ini sejajar misi Worldwide Medivest untuk menjadi pemangkin utama pembangunan modal insan yang akan melahirkan pakar perubatan khasnya dalam bidang pembedahan di negara ini termasuk menjadi pemain utama dalam industri pengeluar peranti perubatan.

Sebagai permulaan, kerjasama ini dijangka akan berjalan secara bertempoh bagi melihat pencapaian dan kecemerlangan akademik pelajar sertan kesinambungan jaringan perniagaan diantara dua pihak.

2

 

Worldwide Holdings yakin dengan kepakaran penyelidik-penyelidik tempatan yang mendapat pendidikan dari universiti-universiti terkenal di dunia untuk membuat penilaian dan R&D bagi produk keluaran Worldwide Medivest.

Dalam kerjasama ini, Worldwide Medivest juga akan membekalkan produk sutures dan peralatan-perlatan berkaitan untuk tujuan akademik perubatan.

Sebagai sebuah organisasi konglomerat yang mempunyai bidang perniagaan pelbagai khususnya dalam sektor hartanah, pengurusan alam sekitar, perkilangan dan perdagangan peranti perubatan dan pemegang pelaburan, Worldwide Holdings juga tidak terkecuali dalam menjalankan tanggungjawab sebagai warga korporat yang prihatin.

Aktiviti-aktiviti CSR Worldwide Holdings adalah berteraskan kepada empat fokus utama iaitu Pendidikan, Sukan Pelancongan, Sosial dan Alam sekitar.
Pada majlis semalam, tumpuan adalah kepada pendidikan dan sosial dimana pendidikan menjadi agenda utama kerajaan dalam melahirkan modal insan yang berilmu, kompeten dan berkemahiran tinggi.

Bagi inisiatif CSR berteraskan Pendidikan dalam memperkasakan kecemerlangan akademik bidang perubatan, Worldwide Medivest akan berperanan sebagai industri pengeluar peralatan peranti perubatan untuk memberi ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar perubatan menggunakan produk VESTI dan peralatan peranti perubatan yang lain bagi tujuan latihan dan kemahiran jahitan pembedahan.

Selain itu juga, kerjasama ini lebih tertumpu kepada program latihan industri dan aktiviti memperkasa kecemerlangan pelajar.

Selain itu, Worldwide Medivest turut melengkapkan tanggungjawab sosial korporatnya untuk menyampaikan sumbangan bagi aktiviti pendidikan berbentuk peralatan peranti perubatan kepada Hospital Pendidikan iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Turut menerima sumbangan iaitu NGO Aman Palestin Berhad, Islamic Relief Malaysia, Mercy Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare) berbentuk sumbangan tunai dan keperluan peralatan peranti perubatan yang akan digunakan untuk misi-misi kemanusiaan di dalam dan luar negara.

Worldwide Medivest berharap pemeteraian MoU atas kerjasama Kecemerlangan Akademik ini akan menjadi titik tolak kepada permulaan yang baik di antara pemain industri dengan institusi pengajian tinggi awam.

Ia khususnya dalam bidang perubatan yang akan dijangka akan melahirkan lebih ramai lagi pakar-pakar bedah dan golongan profesional yang mampu menaikkan nama Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Worldwide Medivest juga telah mengadakan Bengkel ‘VESTI SUTURING’ yang merangkumi taklimat dan bengkel berkaitan dengan sutures atau jahitan pembedahan (Surgical/Suturing).

Hadir sama, Datin Paduka Norazlina Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Worldwide Holdings Berhad, Dr. Abdul Kadir Abdul Karim dari Pakar O& G PPUKM, Dr. Ida lilywaty Md Latar, Pakar O&G PPUM.

===============================

INFO tentang Worldwide Medivest Sdn. Bhd.

Worldwide Medivest Sdn. Bhd. Adalah anak syarikat milik penuh Worldwide Holdings Berhad yang mempunyai aktiviti utama dalam pembuatan dan penjualan SUTURES’ atau peralatan jahitan pembedahan dan produk peranti perubatan untuk pasaran dalam dan luar negara.

Source