cover_img_8219

Enam anak syarikat serah RM1.95 juta sempena sambutan Aidilfitri peringkat negeri 2 Julai

SHAH ALAM, 21 JUN: Kerajaan Negeri menerima sejumlah RM1.95 juta sumbangan bagi menganjurkan Majlis Sambutan Eidul Fitr Peringkat Negeri yang bakal berlangsung, pada 2 Julai ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya hari ini mewakili Kerajaan Negeri menerima sumbangan dari tujuh anak syarikat (GLC) pada Majlis Penyampaian Cek Sumbangan di pejabatnya, di sini, hari ini.

img_8219

Majlis menyaksikan Pemerbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorporated-MBI) memberi sumbangan terbesar berjumlah RM750,000 yang disampaikan Ketua Pegawai Operasinya, Soffan Affendi Aminudin.

Sumbangan lain diterima daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Worldwide Holdings, Kumpulan Perangsang Selangor dan Central Spectrum Sdn Bhd dengan masing-masing menyumbang RM250,000.

 

img_8206-500x375

 

Tidak ketinggalan, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut menyumbang RM200,000.

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Eidul Fitr Peringkat Negeri Selangor 2017 dijadual berlangsung di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah.

Acara tradisi itu bakal disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan barisan pimpinan Kerajaan Negeri serta terbuka kepada orang awam.

 

 

SOURCE