Worldwide Holdings, lima PBT bangunkan ISWMC

SHAH ALAM – Worldwide Holdings Berhad (Worldwide Holdings) telah menandatangani perjanjian bersama lima pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi melaksanakan pembangunan pusat pengurusan sisa pepejal bersepadu (ISWMC).

Lima PBT itu ialah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Worldwide Holdings Berhad, Datin Paduka Norazlina Zakaria berkata, melalui perjanjian tersebut, Selangor bakal memiliki loji pengurusan sisa pepejal berteknologi hijau yang terbesar dan moden di Malaysia.

Menurutnya, perjanjian itu juga akan menyumbang kepada usaha memastikan tarikh mula operasi komersial (COD) yang ditetapkan Suruhanjaya Tenaga dapat dipenuhi iaitu bermula pertengahan tahun 2024.

Beliau berkata, Worldwide Holdings berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan negeri untuk menerajui pembangunan ISWMC di Selangor.

“Kami berharap pembangunan projek ini dapat menyokong usaha merealisasikan aspirasi kerajaan negeri seperti agenda strategik Pemeliharaan Alam Sekitar dan Smart Selangor menjelang tahun 2025.

“Pelaksanaan teknologi Waste to Energy (WTE) ini juga selaras dengan matlamat kerajaan iaitu untuk mencapai

kapasiti penjanaan ‘renewable energy’ atau tenaga boleh baharu (TBB) sebanyak 20 peratus menjelang tahun 2025,” katanya.
Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/157858/EDISI/Worldwide-Holdings-lima-PBT-bangunkan-ISWMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *