Amber tawar kediaman eksklusif, mesra alam

Dikelilingi landskap hijau, WHB sedia banglo inovatif serta moden

Worldwide Holdings Bhd (WHB), menerusi cabang hartanahnya, bakal tampil dengan projek perbandaran terbaharu, Amber yang terletak di Subang Bestari, Subang.

Banglo mewah dua dan tiga tingkat itu dibina di kawasan seluas kira-kira 2.89 hektar yang dikelilingi landskap menghijau serta rekaan kediaman yang ino- vatif serta moden.

Projek berkenaan membabitkan pembinaan 41 unit kediaman dengan empat pilihan berbeza berkeluasan antara 4,369.18 hingga 6,365.68 kaki persegi.

Menurut WHB, pembinaan Amber adalah unik berbanding pembangunan hartanah sedia ada kerana ia menawarkan pengalaman berbeza serta menampilkan ciri rekaan eksklusif, moden serta mementingkan persekitaran lebih tenang daripada kesibukan kota.

Katanya, kepadatan pemba- ngunan di Amber adalah rendah kerana hanya ditawarkan untuk enam unit di kawasan seluas 0.4 hektar.

Pengudaraan, pencahayaan semula jadi

“Ia juga menawarkan konsep susun atur terbuka untuk me nambah ruang lebih fleksibel bercirikan mesra alam sepert panel solar dan mengitar semula air hujan,” katanya dalam kenya taan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut menambah keunikan

rekaan kediaman ialah pengudaraan dan pencahayaan semula jadi selain menyediakan kemudahan seperti taman permainan bersepadu, gelanggang pelbagai guna, gazebo dan laluan refleksologi.

WHB menambah, Amber direka bagi mereka berusia 40 tahun ke atas yang mempunyai ruang lebih selesa, fleksibel dan mengikut trend gaya hidup masa kini.

Pada masa sama, kediaman itu juga memiliki ciri estetika yang menggunakan pendekatan moden tropika serta kemasan lebih elegan.

“Pelaksanaan Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (Q-lassic) juga memperoleh skor minimum 80 peratus bagi setiap unit,” katanya.

Amber ditawarkan dalam empat pilihan iaitu pilihan I (12 unit), II (19 unit), III sembilan unit dengan penyediaan lif dan pilihan IV hanya satu unit.

Ia turut menyediakan pakej jualan menarik dengan mana pembeli Bumiputera ditawarkan diskaun 10 peratus dan tiga peratus untuk bukan Bumiputera.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *