img_7375

Selangor govt-linked firm eyes 30% stake in Tadmax’s Pulau Indah power plant project

Selangor state-linked fim Worldwide Holdings Bhd is looking to secure a 30% stake in a directly negotiated power plant project to be developed in Pulau Indah, Selangor, by Tadmax Bhd.

.img_7375

The announcement comes after Energy, Green Technology, Science and Climate Change Minister Yeo Bee Yin said recently that the government will scrap four new independent power producer contracts which were awarded directly. She declined to name the companies involved in the projects but stated that one of them was a public listed company.

Tadmax told Bursa Malaysia today that the group entered into a memorandum of understanding (MoU) on July 27 with Worldwide Holdings, which is involved in property, environmental management services, investment holding as well as medical device manufacturing.

Tadmax said subject to the Energy Commission’s prior written approval being obtained and upon the definitive agreement having executed, Worldwide Holdings intends to secure a 30% stake in the project company known as Tadmax Indah Power Sdn Bhd (TIP).

Worldwide Holdings will offer its services as a strategic partner of the project by participating in financing discussion with the financiers and/or financial institutions as well as providing support and coordination for the project.

Tadmax said during this phase of project development, each party will bear its own costs associated with the project, including in the event that the parties do not proceed with the definitive agreement.

“The collaboration on TIP’s equity in the MoU between Tadmax and Worldwide Holdings is subject to and to be in accordance with the state of Selangor’s directives. This MoU may lead to a shareholders’ agreement between the parties.”

Last November, Tadmax inked a joint development agreement (JDA) with Korea Electric Power Corp (Kepco) for the power plant project following Tenaga Nasional Bhd’s pull-out from the deal. Kepco has expressed its intention to acquire 25% equity interest in TIP upon the successful implementation of the JDA.

Tadmax and Kepco’s role is to negotiate the engineering, procurement and construction contract, operations and maintenance contract, gas supply agreement, power purchase agreement together with Worldwide Holdings.

On Bursa Malaysia today, Tadmax fell 1 sen or 4.5% to 21 sen on 89,000 shares done.

SOURCE

acp_5028_resize

Mahabbah Walk 2018 kumpul dana RM45,000

SHAH ALAM: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) berjaya mengumpul dana sejumlah RM45,000 melalui penganjuran larian amal ‘Mahabbah Walk 2018’ sempena Hari Buah Pinggang Sedunia yang berlangsung di Taman Botani Negara, di sini, hari ini.

Ahli Lembaga Pengarah Pemegang Amanah YIDE, Ami Nardin Ishak berkata, dana yang diperolehi daripada penganjuran program itu akan digunakan untuk pembelian mesin dialisis bagi keperluan pesakit buah pinggang di Selangor.

“Alhamdulillah, penganjuran kali kedua ini dilihat lebih mendapat sambutan apabila kira-kira 700 penyertaan diterima berbanding 500 peserta pada tahun lalu.

“Kami juga berjaya mengumpul dana sumbangan daripada enam syarikat yang turut serta termasuk penganjur utama World Wide Holdings Berhad dan lain-lain,” katanya ketika ditemui pada program larian amal ‘Mahabbah Walk 2018’ di sini, hari ini.

Berkenan hadir menyertai larian adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Turut hadir adalah Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Khusrin Munawi.

Beliau berkata, terdapat enam pusat dialisis yang diuruskan oleh MAIS dan setiap satu mempunyai kira-kira 12 mesin untuk kegunaan pesakit buah pinggang.

“Kos untuk satu mesin adalah RM45,000 dan kami memerlukan 20 mesin baharu bagi menggantikan mesin yang sudah lama,” katanya.

Sementara itu, seorang peserta yang juga pesakit buah pinggang, Nik Hamsah Mamat, 62, berkata beliau seronok dapat menyertai larian amal bersama rakan-rakan sekerjanya.

“Saya dikesan menghidapi sakit buah pinggang kira-kira dua tahun lalu dan pergerakan agak terbatas selepas itu kerana sering keletihan.

“Bagaimanapun, apabila diajak oleh adik dan rakan kerja lama, saya teruja dapat keluar dan menikmati udara segar di sini malah jika larian ini diadakan tahun hadapan, saya ingin menyertainya lagi,” katanya

 

 

1

 

RAJA Muda Selangor, Tengku Amir Shah (empat dari kiri) bersama peserta menyertai Program Mahabbah Walk 2018 anjuran Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) di Taman Botani Negara, Shah Alam. – Foto Faiz Anuar

Sumber

 

worldwide

Pengurusan cemerlang, Worldwide Landfills Park dibukukan

Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Holdings, Datin Paduka Norazlina Zakaria berkata, penerbitan buku itu dijayakan bagi memberi gambaran sebenar kepada umum berkenaan perjalanan gerak kerja pengurusan tapak sisa terbabit.
Katanya, setiap kejayaan perlu dikongsi dan didokumenkan untuk tujuan rujukan semua pihak, terutama pelajar dan generasi akan datang.

“Buku ini akan mengumpulkan peristiwa penting berbentuk gambar dan perceritaan sejak bermulanya Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Air Hitam, pada 1995 sehingga berpindah ke tapak pelupusan baru di Jeram, pada 1 Januari 2007.

“Memandangkan buku ‘coffee table’ ini menceritakan pelupusan sisa pepejal di Air Hitam, maka ia akan dipenuh dengan gambar pengurusan sisa pepejal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Penyelenggaraan Pasca Penutupan Tiga Tapak Pelupusan Sanitari dan Pelancaran Sistem E-World, di Worldwide Landfills Park Air Hitam, Puchong semalam.

IMG_20170828_110043Worldwide Landfills Park yang dahulunya dikenali sebagai Tapak Pelupusan Sanitari Air Hitam, Puchong diuruskan Worldwide Holdings sebagai perintis atau ‘pioneer’ dalam pengurusan alam sekitar di Malaysia, khususnya bidang pelupusan dan rawatan sisa pepejal, pada 1995.

Bagaimanapun, tapak pelupusan sisa pepejal itu ditutup pada 2006 kerana ia mencapai tahap kapasiti maksimum apabila ia melupus dan merawat 6.2 juta tan sisa pepejal dari seluruh Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur.

Norazlina berkata, Tapak Pelupusan Sanitari Air Hitam yang merupakan ‘the first state-of-the art engineered sanitary landfill’ di Malaysia menerima banyak pengiktirafan di Malaysia juga Asean.

Beliau berkata, antaranya di peringkat ASEAN apabila menerima Green Energy Award 2005 seterusnya dianugerahkan pengiktirafan daripada The Malaysian Book of Records, pada 2011 sebagai loji janakuasa pertama yang menggunakan gas metana dihasilkan dari tapak pelupusan itu.

“Kejayaan terbesar kami juga melahirkan kepakaran dalam kalangan anak tempatan yang sudah mampu menawarkan perkhidmatan perundingan (consultancy) dalam pengurusan sisa pepejal untuk negara sekitar rantau Asia ini,” katanya.

Sumber

PUCHONG 28 AUGUST 2017. Pegawai Worldwide, Erna Afifi Mohd Baharudfin melihat buku 'The Invisible 6 Million Tonnes Air Hitam Sanitary Landfill' di  Worldwide Landfills Park, Air Hitam Puchong. NSTP/ROSELA ISMAIL

Worldwide selenggara penutupan tiga tapak pelupusan di Selangor

Puchong: Worldwide Holdings Bhd (Worldwide Holdings) menandatangani perjanjian dengan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor bagi pelaksanaan kerja penyelenggaraan pasca penutupan bagi tiga tapak pelupusan sanitari di negeri itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datin Paduka Norazlina Zakaria berkata, perjanjian itu bukti keupayaan dan pengalaman syarikat dalam pengurusan sisa terutama tapak pelupusan sanitari berikutan kejayaan penutupan dan pemulihan tapak pelupusan sanitari Air Hitam.

“Pembabitan dan kejayaan kami dalam pengurusan sisa selama 20 tahun adalah hasil bakat muda yang mengamalkan teknologi melalui kerjasama strategik dengan syarikat antarabangsa dan pengalaman dalaman syarikat,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian antara kedua-dua pihak, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menjadi saksi upacara menandatangani perjanjian terbabit.

Beliau berkata, syarikat mengendalikan aktiviti penyelenggaraan dan pascapenutupan dua tapak pelupusan sanitari di Air Hitam, Puchong dan Kubang Badak, Kuala Selangor serta tempat pembuangan sampah di Sungai Kembong, Hulu Langat bernilai RM1.5 juta setahun.

“Perjanjian ini membolehkan kami mengukuhkan matlamat meluaskan perniagaan pengurusan sisa kami di peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Tapak Pelupusan Sanitari Air Hitam adalah tapak kejuruteraan moden pertama di negara ini yang mengendalikan lebih enam juta sisa pepejal sebelum ditutup Disember 2006.

Selepas ditutup, Worlwide Holdings mengambil inisiatif menjadikan tapak pelupusan sanitari itu kepada taman rekreasi.

Sumber