RM70 juta baik pulih projek terbengkalai Alam Perdana

KUALA SELANGOR, 10 SEPT: Pelan pembangunan Projek Taman Alam Perdana fasa Arcadia kini dimulakan semula Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) berjumlah RM70 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI, Raja Shahreen Raja Othman, berkata pihaknya bekerjasama dengan LBS Bina Group Berhad (LBS) dan Worldwide Property (Worldwide) untuk menyiapkan projek terbengkalai lebih sedekad.

“Ini antara langkah menyahut saranan Kerajaan Negeri mewujudkan Smart Partnership bersama pihak swasta.

“Oleh itu, MBI selaku pemangkin ekosistem ekonomi negeri mengambil inisiatif merangka penyelesaian isu yang berlarutan sejak 1999,” katanya.

Beliau berucap demikian di Majlis Menandatangani Perjanjian Pemuliharaan Alam Perdana dengan LBS Bina Group dan Worldwide Property di Puncak Alam, di sini, hari ini.

majlis-tandatangani-perjanjian-dgn-lbs-bina-group-dan-worldwide-asr-5MBI diwakili Raja Shahreen, LBS diwakili Pengarah Urusannya, Tan Sri Lim Hock Sana sementara Worldwide diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Majlis disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Noordin Sulaiman.

Raja Shahreen berkata, pemulihan Arcadia melibatkan 203 unit rumah teres dua tingkat.

“Diharap pembeli dapat bersabar kerana projek ini tidak lagi terbengkalai tetapi diteruskan untuk diduduki pembeli.

“Kita jangka ia siapkan dalam tempoh dua tahun selepas perancangannya lulus,” katanya.

EZY