Sultan Selangor sampaikan hadiah Golf Jemputan Raja Muda

SHAH ALAM, 28 NOV : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli menyampaikan hadiah sempena kejohanan Golf Jemputan Raja Muda Worldwide Holdings Selangor 2015 di Glenmarie Golf & Country Club, hari ini.

Baginda diiringi Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamed Khusrin Munawi.

SULTAN GOLF 1Kejohanan itu bertujuan mendapatkan sumbangan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan korporat, swasta dan individu untuk menggerakkan aktiviti di samping meningkatkan jaringan kerja dengan Kerajaan Negeri.

Pada majlis itu, dianggarkan RM1 juta berjaya dikumpul daripada 20 penaja, antaranya Worldwide Holdings Berhad, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Syarikat Worldwide ditawarkan menjadi penaja utama dengan kos RM400,000 untuk disumbangkan kepada Tabung Amanah Yayasan Raja Muda Selangor.

SULTAN GOLFPenganjuran golf itu menawarkan tiga kategori iaitu Medal A, Medal B dan Medal C.

Kategori A dijuarai Salim Saein mewakili individu, kategori B dimenangi Datuk Saifulhairul Tan, sementara juara bagi kategori C menjadi milik Ami Nordin Ishak daripada Worldwide.

Setiap pemenang menerima RM1000 bagi tempat pertama, RM800 untuk tempat kedua dan RM600 untuk tempat ketiga.

-nR-

 

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *