Tapak sisa lengai atasi isu sampah Pulau Ketam

PULAU KETAM, 23 NOV: Pembinaan tapak pelupusan sisa lengai di sini bakal mengatasi masalah pembuangan bahan berkenaan sejak sekian lama membebankan penduduk.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah, berkata Kerajan Negeri memperuntukkan RM700,000 bagi pembinaan kawasan terbabit selepas mendapati kemudahan itu tidak pernah disediakan di pulau berkenaan.

yb ean -web 3“Ia adalah insiatif Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah pembuangan sisa lengai atau pembinaan selepas lawatan Dato’ Menteri Besar Oktober tahun lalu bagi mengenal pasti keperluan di sini.

“Kita dapati semenjak kewujudan pulau ini pembuangan sampah dilakukan sesuka hati kerana tiada tapak pelupusan sampah dibina bagi kemudahan penduduk dan pihak berkaitan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Hian Wah mengadakan lawatan kerja bagi meninjau proses pembinaan tapak pelupusan dikendalikan Worldwide Holdings Berhad (WHB) itu.

Kerja pembinaan yang dimulakan pada Ogos lalu itu, kini sudah mencapai 50 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember ini.

pulau ketam 2Apabila mula beroperasi pada Januari depan, kawasan itu mampu menampung kuantiti bahan buangan sehingga 4,000 tan dengan penerimaa sisa terbabit pada kadar dua tan sehari.

Segala sisa buangan itu akan melalui proses mampatan setiap hari dan apabila mencapai tahap maksima ia boleh dibangunkan sebagai kawasan pembangunan lain untuk manfaat rakyat dan negeri.

“Apabila tapak pelupusan itu mula beroperasi sepenuhnya, kita harap penduduk memberikan kerjasama dengan tidak membuang sampah sarap atau sisa domestik ke dalam kawasan tapak berkenaan.

“ini kerana bahan buangan itu diuruskan secara berjadual di situ dan di Pulau Lima menerusi Hebat Abadi Sdn Bhd,” katanya.