WHB Enviro Hunt 2016 semai cinta alam sekitar

SHAH ALAM, 24 OKT: Kumpulan Worldwide Holdings Berhad (WHB) dengan kerjasama anak syarikatnya, Worldwide Landfills Sdn Bhd menganjurkan ‘WHB Enviro Hunt 2016’ bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung isu alam sekitar, pada 22 Oktober lalu.

Ketua Komunikasi Korporatnya, Ami Nardin Ishak berkata, program bertempat di Taman Botani Kepong (FRIM) itu juga bertujuan mengeratkan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam pengurusan alam sekitar.

“Sambutan diterima amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 200peserta termasuk pengurusan tertinggi dan kakitangan Worldwide Holdings.

“Penganjuran ini merupakan sokongan WHB terhadap Penganjuran Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan.

whb-enviro-hunt-2016Ami berkata, WHB mengambil inisiatif dengan menjemput pihak terlibat dalam pengurusan alam sekitar untuk menyertai Cabaran WHB Enviro Hunt 2.

“Aktiviti akan mengambil masa selama 4 jam dan melibatkan perjalanan sejauh 4KM. Turut juga diadakan acara sampingan seperti senamerobik, berbasikal, soal-jawab dalam pengurusan alam sekitar daktiviti yang terdapat di Taman Botani Kepong (FRIM),” katanya.

Source