WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD DIIKTIRAF OLEH LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) DENGAN ANUGERAH RAKAN STRATEGIK LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS)

3 Disember 2022 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memberikan pengiktirafan Anugerah Rakan Strategik Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada Worldwide Holdings Berhad sempena Majlis Anugerah Asnaf Cemerlang Lembaga Zakat Selangor MAIS baru-baru ini di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam Pengiktirafan ini diberikan kepada Worldwide Holdings kerana Worldwide Holdings adalah antara syarikat korporat yang telah banyak bekerjasama dengan pihak LZS dalam program pembangunan asnaf di Selangor selain aktif dalam pembayaran zakat. Anugerah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Tuan Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini kepada Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Worldwide Holdings, YM Raja Farah Diba Raja Abdul Rashid.

Leave a Reply

Your email address will not be published.