WORLDWIDE HOLDINGS, DYNAC GROUP TANDATANGANI MOU CADANGAN KERJASAMA PROJEK BEKALAN KUASA UNTUK CYBERJAYA

Worldwide Holdings Berhad telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Dynac Sdn Bhd, mengenai cadangan kerjasama berkaitan pembangunan projek bekalan kuasa untuk Cyberjaya, yang memberi tumpuan kepada bahan api bersih dan produk ‘hijau’ (green products).

MoU telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Worldwide Holdings Berhad, Datin Paduka Norazlina Zakaria dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Dynac Sdn Bhd, Dato’ Haji Md Jasman Bongkek di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City, disaksikan oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari.

Cyberjaya yang terletak kira-kira 30 kilometer dari selatan ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur adalah merupakan hab sains, teknologi dan inovasi yang terkenal dengan pembangunan berkepadatan rendah yang dikelilingi rizab hijau dan infrastruktur yang berkualiti. Bangunanbangunan komersial di Cyberjaya direka khusus untuk memenuhi segala keperluan fizikal syarikat ICT dan teknologi.

MoU tersebut memperakukan kerjasama dalam usaha peralihan kepada tenaga bersih memberi manfaat kepada kedua-dua pihak terlibat, selain diperlukan untuk kemakmuran komuniti setempat, memandangkan memorandum itu berkait dengan pembangunan projek penjanaan tenaga berskala kecil dan inisiatif tenaga boleh baharu untuk Cyberjaya. Paling menonjol mengenai kerjasama ini adalah taman solar berskala besar, yang direka bentuk secara harmoni dengan landskap semasa dan persekitaran semula jadi kawasan pembangunannya.  

Sumber: Renewable energy to power Cyberjaya soon | Free Malaysia Today (FMT) Kerjasama Worldwide, Dynac bagi projek bekalan kuasa Cyberjaya (malaysiagazette.com) Power supply project in Cyberjaya to support Selangor’s ambition to be smart state — Amirudin | The Edge Markets Projek bekalan kuasa di Cyberjaya, selari cita-cita jadi negeri pintar – MB Selangor (bharian.com.my) MB: Power supply project, renewable energy initiatives in Cyberjaya to support Selangor’s ambition to be smart state | Malay Mail Power supply project in Cyberjaya to support Selangor’s ambition to be smart state: Amirudin (thesundaily.my)

Leave a Reply

Your email address will not be published.