Worldwide Landfills, UTMKL Tingkatkan Teknologi Rawatan Leachate

KUALA LUMPUR, 13 Januari 2016 – Worldwide Landfills Sdn. Bhd (WLSB) merupakan anak syarikat Worldwide Holdings Berhad pada hari ini menjalinkan Memorandum Kerjasama (MoU) dengan Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) bagi memperkembangkan lagi pembangunan teknologi penyelidikan dan kepakaran rawatan air larut resap atau leachate dengan penggunaan rumpai laut perang. Penyelidikan tersebut akan dilaksanakan di Loji Rawatan Leachete, Tapak Pelupusan Sanitari Jeram, Kuala Selangor.

MoU tersebut ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif Worldwide Landfills Sdn. Bhd. Datin Paduka Norazlina Zakaria dan Naib Cancelor UTMKL Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar.

Tapak Pelupusan Sanitari Jeram, Kuala Selangor yang berkeluasan 160 ekar telah dipilih sebagai tapak pembinaan projek perintis bagi pembangunan penyelidikan rawatan leachete.

Bagi pihak WLSB memorandum persefahaman ini bertujuan untuk memberi ruang kepada institusi pendidikan tinggi seperti UTMKL bagi menambakbaik sistem penyedikan khusus bagi mengenalpasti keberhasilan teknologi dan kepakaran sedia ada sebagai model pendidikan dan pembangunan teknologi.

Melalui kerjasama ini juga secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada UTM dalam usaha meningkatkan teknologi penyelidikan dalam sistem rawatan tambahan air leachete di loji-loji rawatan air leachete bagi tapak-tapak pelupusan di seluruh Malaysia. Selain itu, WLSB juga memberi ruang kepada UTMKL untuk menggunakan loji leachate sebagai projek perintik di Tapak Pelupusan Sanitari Jeram.

WLSB yakin dengan kepakaran yang ada akan mampu memberi ruang kepada UTM dibawah inisiatif tanggungjawab sosial bagi pembangunan perniagaan disamping dapat membantu menaiktaraf sistem pendidikan bagi pembangunan penyelidikan yang akan digunapakai di universiti tersebut.

Terdahulu, Bahagian Alam sekitar Worldwide Holdings juga turut bekerjasama dengan pihak UiTM Shah Alam melalui kerjasma menaiktaraf sistem Pengurusan sisa pepejal yang akan dilaksanakan di Kemboja.

Hadir sama, Prof. Madya Dr. Azmi bin Aris, Pengarah Centre for Environmental Sustainability and Water Security (IPASA), Pengurus Besar Worldwide Landfills Sdn. Bhd. Zamri Abdul Rahman dan Ami Nardin Ishak Ketua Komunikasi Korporat Worldwide Holdings Berhad.