
7 Disember 2022 – WHB adalah antara 32 syarikat yang diluluskan permohonan kuota Tarif Galakan, Feed-in Tariff (FiT) oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia bagi tahun 2022. Majlis Penyerahan Sijil Perakuan Kelulusan Galakan tersebut telah diadakan di InterContinental Hotel, Kuala Lumpur. Kapasiti keseluruhan yang telah diluluskan adalah sebanyak 111.407MW dengan catatan 4.800 MW dari Worldwide Waste Tech Sdn. Bhd.
Sijil Perakuan Kelulusan Galakan telah disampaikan oleh Pengerusi SEDA Malaysia, YB Lukanisman Awang Sauni diiringi oleh KSU Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YBhg. Dato' Hj Rosli Isa serta KPE SEDA Malaysia, YBhg. Dato' Hamzah Hussin kepada Ketua Pegawai Kewangan WHB, En. Kamal Zaharin Nazir.