
Worldwide Holdings Berhad telah dipilih antara penerima Anugerah Majikan Terbaik bagi tahun 2021 oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pengiktirafan tersebut telah diberikan sempena Majlis Penghargaan Majikan Terbaik KWSP Wilayah Tengah 2022 di Pullman Bangsar Ballroom pada 7 Disember 2022 atas komitmen yang diberikan oleh Worldwide Holdings di dalam semua urusan berkaitan KWSP.