Worldwide Holdings Berhad

27 Feb 2023

WORLDWIDE HOLDINGS - RS-1 SYMPOSIUM STRATEGIC PARTNER


Pada 8 Julai 2022, telah berlangsungnya Simposium Pra-pelancaran Rancangan Selangor (RS-1) yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari bertempat di Pusat Konvesyen MBSA, Shah Alam. Sejurus selepas acara pelancaran, majlis diteruskan dengan sesi forum wacana Tadbir Urus (Governance) yang turut menyaksikan Dato’ Seri Amirudin sebagai salah satu panel pakar sesi tersebut.

Selesai sesi forum Tadbir Urus, Dato’ Seri Amirudin mengambil kesempatan membuat lawatan ke reruai-reruai pameran RS-1 termasuklah reruai pameran Worldwide Holdings yang bertemakan Kelestarian (Sustainability), diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Sejurus selapas lawatan reruai, majlis diteruskan dengan tiga sesi forum yang diadakan serentak. termasuklah sesi forum wacana Kelestarian (Sustainability) yang melibatkan Datin Paduka Norazlina sebagai salah seorang panel pakar bagi sesi tersebut.