Worldwide Holdings Berhad Worldwide Property Worldwide Environment Worldwide Medical Worldwide Energy

04 Sep 2023

WORLDWIDE HOLDINGS SUMBANG 110KG DAGING KORBAN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA


SHAH ALAM, 30 Jun 2023 - Worldwide Holdings telah menganjurkan program Ibadah korban bersama kakitangan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di perkarangan Mercu Worldwide. Seramai 20 sukarelawan yang juga terdiri daripada kakitangan ahli Kelab dan Sukan Rekreasi (KSR) Worldwide Holdings. Sebanyak 3 ekor lembu dan 10 ekor kambing telah dikorban untuk dimanfaatkan kepada golongan asnaf serta beberapa golongan yang kurang berkemampuan di beberapa kawasan di Selangor.

Sejumlah 110kg daging korban telah disumbangkan kepada para asnaf di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Lembah Subang, Ara Damansara dan Di flat Taman Mesra Kg Jawa, Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datin Paduka Norazlina Zakaria yang juga bersama turun padang untuk membantu para sukarelawan berkata, “Kita harap program begini dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik melalui amal jariah dan secara tidak langsung meningkatkan ilmu serta kesedaran dalam membantu Masyarakat”