Worldwide Holdings Berhad

04 Feb 2025

WORLDWIDE RAIKAN SAMBUTAN RUMAH TERBUKA RIUH RAYA KITA SELANGOR 2024


27 APRIL 2024, SABTU: Worldwide Holdings Berhad (“WHB”) berbesar hati menjadi antara syarikat yang menerima undangan untuk menyertai dan memeriahkan penganjuran Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor 2024 “Riuh Raya #KitaSelangor” yang bertempat di Bandar Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.

Bermula pada jam 8 malam, majlis telah diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, diiringi oleh YB Dato’ Setia Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berserta pasangan masing-masing. Beberapa wakil dari pengurusan tertinggi WHB juga turun padang sebagai tanda sokongan kepada majlis.

Dengan kunjungan hampir 30,000 penduduk dari seluruh Selangor, majlis menyajikan pelbagai juadah enak Aidilfitri menerusi reruai kelolaan pelbagai agensi dan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor, seperti pihak Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Worldwide Holdings sendiri, dengan 20 ekor kambing golek sebagai menu istimewa di reruai kami.