Worldwide Holdings Berhad Worldwide Medical

04 Sep 2023

WORLDWIDE SUMBANG APRON PAKAI BUANG KEPADA YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN


SHAH ALAM, 14 Julai 2023 -Worldwide Holdings telah menyumbang sebanyak 36,000 ‘Disposable Apron’ atau apron pakai buang yang bernilai RM 50,000 kepada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE). Penyampaian sumbangan itu telah disempurnakan di Pusat Dialisis Bukit Jelutong, Shah Alam untuk kegunaan enam cawangan pusat dialisis di bawah Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Ketua Pegawai Kewangan Worldwide, Encik Kamal Zaharin Nazir diiringi Pengurus Kanan Worldwide Medivest, Encik Zulkefli Mohd Noor bersama Pengurus Besar YIDE, Encik Nur Mohd Razali bin Abdullah diiringi Puan Nor Hafzam binti Mohamad, Pengurus Operasi Bahagian Pusat Dialisis MAIS sempat menyantuni para pesakit yang sedang mendapatkan rawatan.

Setelah selesai menyantuni para pesakit, Encik Kamal Zaharin Nazir mewakili Worldwide Holdings diiringi Encik Zulkefli Mohd Noor telah menyampaikan sumbangan kepada Encik Nur Mohd Razali bin Abdullah.

Encik Kamal Zaharin Nazir mewakili Worldwide berkata, “Kami di Worldwide Holdings komited dalam memenuhi misi pembangunan sosioekonomi rakyat di Selangor terutamanyan kepada golongan asnaf. Pemberian ini diharapkan dapat membantu pihak YIDE dalam memberi perkhidmatan kepada golongan yang memerlukan di Selangor.”