Worldwide Holdings Berhad

04 Feb 2025

WHB MEMPERKUKUH KOMITMEN TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) MELALUI PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 2024


19 Mac 2024, Gombak - Worldwide Holdings Berhad ("Worldwide Holdings") memperkukuh komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan meneruskan Program Ziarah Ramadhan 2024, antara inisiatif yang tercetus hasil kolaborasi bersama Yayasan Raja Muda Selangor. Program tahunan yang bermula pada 2023 ini bertujuan untuk menyumbang semula kepada masyarakat setempat, khususnya di sekitar Selangor. Anjuran tahun ini yang bertempat di Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Teratak Ummi, Gombak sekali lagi menyaksikan majlis dicemar duli oleh DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor, diiringi oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin bin Shari serta para tetamu kehormat yang lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Worldwide Holdings, Datin Paduka Norazlina Zakaria turut turun padang untuk bergotong-royong bersama-sama dengan DYTM Tuanku dan YAB Menteri Besar Selangor membersihkan serta menambah baik keadaan rumah. Sebelum acara tamat, para tetamu kehormat berkesempatan mengedarkan duit raya kepada lebih 50 orang anak-anak yatim yang menghuni Teratak Ummi.