Worldwide Holdings Berhad

29 Dec 2022

Covid-19: Anak syarikat, agensi swasta Selangor sumbang RM8.150 juta


SHAH ALAM, 1 APRIL: Sejumlah RM8.150 juta berjaya disumbangkan ke Tabung Covid-19 Selangor hasil kutipan daripada 27 agensi termasuk anak syarikat dan agensi swasta di negeri ini.

Sumbangan diterima Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari itu dimulai dengan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor yang menyumbang sebanyak RM5.33 juta dan RM1 juta oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Worldwide Holdings Berhad pula menyumbang RM400,000 diikuti Naza Corporation Holdings (RM300,000) dan Permodanalan Negeri Selangor Berhad sebanyak RM150,000.

Lima syarikat yang menyumbang RM100,000 adalah Bank Islam Malaysia, Kumpulan Perangsang Selangor, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, PKT Logistic Group dan SRM Setia.

Sumber: https://selangorkini.my/2020/04/covid-19-anak-syarikat-agensi-swasta-selangor-sumbang-rm8-150-juta/

Video: https://www.youtube.com/watch?v=XNZQA0p-DMA