Worldwide Holdings Berhad

27 Feb 2023

WORLDWIDE SUPPORTS PPAS INITIATIVE WITH RM 50,000 SPONSORSHIP FOR THE ORGANIZATION OF SELANGOR INTERNATIONAL BOOK FAIR 2022


2 Disember 2022 – Worldwide Holdings Berhad telah menyumbangkan tajaan berjumlah RM 50,000 kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bagi penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2022 atau juga dikenali sebagai Selangor International Book Fair (SIBF) 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam dari 1 – 11 Disember 2022 yang lalu.

Penyerahan simbolik cek penajaan telah disampaikan oleh Datin Paduka Norazlina Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WHB kepada YBhg Datin Paduka Mastura Haji Muhamad, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor sambil disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, dan YB Dato’ Haji Haris Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada Majlis Perasmian SIBF 2022 yang telah diadakan pada 2hb Disember 2022.