Worldwide Holdings Berhad

27 Feb 2026

WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD MENYAMPAIKAN SUMBANGAN WAKAF TUNAI SEMPENA BULAN WAKAF NEGERI SELANGOR 2026


SHAH ALAM, 10 Februari 2026 - Majlis Peluncuran Bulan Wakaf Peringkat Negeri Selangor 2026 telah berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC) dalam suasana penuh bermakna. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.B. Dr. Mohammad Fahmi Bin Ngah, EXCO Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor, bersama YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Hj Syed Mohamed Tahir, Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor.

Pada majlis berkenaan, Worldwide Holdings Berhad melalui Ketua Pegawai Operasi Worldwide Property, Sr. Hamyzar Toha, telah menyampaikan sumbangan Wakaf Tunai Korporat berjumlah RM150,000 kepada Perbadanan Wakaf Selangor sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa agenda wakaf di negeri ini.

Sumbangan tersebut mencerminkan komitmen berterusan Worldwide Holdings Berhad dalam menyokong inisiatif kebajikan dan pembangunan sosial yang memberi manfaat kepada masyarakat. Diharapkan sumbangan ini dapat membantu memperkukuh lagi peranan wakaf dalam pembangunan ummah serta memberi impak berpanjangan kepada komuniti di Selangor.