SHAH ALAM, 12 September 2026 – KSR Worldwide Holdings Berhad telah menganjurkan Kejohanan Pickleball Antara Rumah Sukan WHB 2026 yang berlangsung di Pickle Nation Malaysia, Shah Alam, sebagai salah satu aktiviti yang menyokong fokus Gaya Hidup Sihat (Healthy Lifestyle), antara cabang dalam CSR WHB.
Penganjuran kejohanan ini menyediakan ruang kepada warga kerja untuk kekal aktif, mengamalkan gaya hidup sihat serta mengeratkan silaturahim dalam suasana yang santai dan penuh semangat kesukanan selain memperkukuh hubungan dan semangat berpasukan dalam kalangan warga kerja.
Penganjuran aktiviti seperti ini mencerminkan usaha WHB dalam menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat, di samping mewujudkan suasana kerja yang lebih positif, seimbang dan mengeratkan hubungan dalam kalangan warga kerja.