ELMINA, 18 Mac 2026 - Memperkukuh komitmen terhadap libat urus komuniti menjelang musim perayaan, Worldwide Holdings Berhad (WHB) baru-baru ini telah menjalin kerjasama bersama ProLintas bagi menjayakan kempen 'Balik Kampung' di Plaza Tol Elmina.
Bertujuan untuk menyantuni para pengguna jalan raya yang memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman, pasukan dedikasi WHB telah turun padang bagi mengedarkan 1,000 beg cenderahati. Inisiatif ini dilaksanakan bagi menceriakan suasana dan memberi penghargaan kepada para pengembara di lebuh raya.
Kempen ini turut diserikan dengan kehadiran barisan kepimpinan syarikat, iaitu Ketua Pegawai Operasi Hartanah Worldwide, Sr. Hamyzar Toha, dan Ketua Anak Syarikat GCE, Encik Muhammad Hilmi. Kedua-dua eksekutif tersebut telah meluangkan masa untuk menyantuni orang ramai, mengagihkan sumbangan, dan berkongsi kemeriahan perayaan bersama pengguna lebuh raya.
Menerusi kolaborasi strategik seumpama ini, WHB terus komited dalam menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, di samping mendoakan agar semua pengguna jalan raya menikmati perjalanan yang selamat dan lancar ke destinasi masing-masing.