Worldwide Holdings Berhad

23 Feb 2026

MAJLIS SILATURRAHIM DAN PERASMIAN ARAS 3 DI MERCU WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD


SHAH ALAM, 29 Januari 2026 - Telah berlangsung dengan penuh makna Majlis Silaturrahim dan Majlis Perasmian Aras 3 bertempat di Mercu Worldwide Holdings Berhad, menghimpunkan warga kerja dalam suasana penuh ukhuwah dan kesyukuran.

Majlis dimulakan dengan pengisian rohani menerusi Tazkirah Khas bertajuk “Amanah Membentuk Keperibadian” yang disampaikan oleh Ustaz Hj Firdaus Hj Subhi. Perkongsian tersebut menekankan nilai integriti, kejujuran dan tanggungjawab dalam setiap amanah yang dipikul, sama ada dalam tugasan harian mahupun dalam kehidupan seharian. Program diteruskan dengan bacaan Surah Yaasin sebagai doa memohon keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan berterusan buat seluruh warga kerja serta organisasi.

Acara kemuncak adalah Majlis Perasmian Aras 3 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Paduka Norazlina Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Worldwide Holdings Berhad. Perasmian ini menandakan satu lagi langkah ke hadapan dalam menyediakan ruang kerja yang kondusif dan selesa buat warga kerja.

Semoga penganjuran majlis ini membawa semangat baharu, memperkukuh silaturrahim dan terus menyemai nilai amanah dalam kalangan seluruh warga Worldwide Holdings Berhad.