SHAH ALAM, 20 Februari 2026 - Worldwide Holdings Berhad (WHB) telah menunaikan tanggungjawab zakat perniagaan berjumlah RM2 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi tahun kewangan 2026 (haul 2025).
Penyerahan zakat tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WHB, Datin Paduka Norazlina Zakaria, kepada DYMM Sultan Selangor bersempena Majlis Ihya Ramadan DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat Tahun 2026M/1447H yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Bayaran zakat ini mencerminkan komitmen berterusan WHB dalam menunaikan kewajipan sebagai organisasi korporat serta menyokong usaha memperkasa kebajikan dan kesejahteraan ummah di Negeri Selangor. Diharapkan sumbangan ini dapat membantu LZS dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan serta memberi manfaat yang berpanjangan kepada masyarakat.